Kencing.

Saya kongsi kenyataan DS Shukri Abdull ketika mempertahankan perlantikan Latheefa Koya sebagai penggantinya di SPRM.

Apa yang menarik perhatian saya adalah nasihatnya kepada kita semua supaya jangan “membuang masa untuk MELALAK dan MEMBAWANG” kerana PM telah buat keputusan melantik Latheefa sebagai KP SPRM yang baharu.

DS Shukri turut menasihatkan Latheefa untuk ” DO THE RIGHT THING; DO IT RIGHT; INDEPENDENT/ NUETRAL/ IMPARTIAL; WITHOUT FEAR OR FAVOUR”

Saya tak tahu nak ketawa atau tidak membaca berita lama ini.

Hebat betul DS Shukri bercakap pada ketika dia berhenti sebagai KP SPRM hampir 11 bulan sebelum kontrak perlantikannya tamat pada 17 Mei 2020!

Kepuraan Shukri dengan prinsip2 “INDEPENDENT/NUETRAL/IMPARTIAL”nya itu terbukti apabila terbongkar cerita sebenarnya kes campurtangan Tun Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Tommy Thomas dalam kes melibatkan akaun2 bank milik seorang tycoon adalah semasa Shukri Ketua Persuruhjaya SPRM.

Akhirnya, terbongkar cerita sebenar!

Tapi Shukri menutup campurtangan PM, Menteri Kewangan dan Peguam Negara dari diketahui umum.

Sehinggalah terbongkar kebenaran bahawa kerajaan PH dengan Tommy Thomas dan Shukri berpakat untuk memberi layanan berbeza kepada seorang tycoon.

DOTHERIGHTTHING