2013

𝐓𝐀𝐍 π’π‘πˆ π€ππ€ππƒπˆ π€π‹πˆ ππ„π‘π“π€π‡π€ππŠπ€π πƒπ€πŠπ–π€π€π!

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang membuat tuduhan menggemparkan semalam melibatkan peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan bahawa ini hanyalah permulaan untuk lebih banyak siri pendedahan yang akan dilakukan.

Apandi, dalam catatan Facebook β€˜Prelude to a chapter in my memoirs!’ Pada jam 8.08 malam, mendakwa bahawa Sri Ram dihantar oleh Dr Mahathir untuk membincangkan langkah untuk menangkap Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Apandi mengatakan kepada Twentytwo13 bahawa beliau mempunyai β€œbanyak benda untuk diperkatakan”, sambil menambah “anda akan membacanya di dalam catatan memoir saya”.

“Bab ini mengenai Sri Ram hanyalah sebahagian kecil daripada cerita saya. Terdapat banyak perkara lain seperti Insiden Pulau Batu Puteh … mengapa Dr Mahathir menarik balik kes itu pada saat-saat akhir walhal semuanya telah difailkan dan ditetapkan untuk pendengaran kes.”

“Banyak, banyak cerita….Banyak yang perlu ditulis, banyak yang boleh diceritakan.”

Apandi memberitahu bahawa beliau membuat kenyataan hari ini kerana beliau mahu orang ramai mengetahui kebenaran.

TS Apandi menulis bahawa beliau telah bertemu Sri Ram dan seorang peguam muda Cina di rumahnya pada Januari 2018 di mana Sri Ram mendakwa “dia mempunyai agenda yang lebih besar” dan bahawa Dr Mahathir mahu Apandi menangkap Najib.

Ketika ditanya mengapa dia membuat kenyataan sekarang, Apandi berkata: β€œKerana saya mendapati Gopal Sri Ram berperangai seolah-olah dia adalah AG. Dia bukan AG. Dia berperanan lebih besar dari sepatutnya. Itu sahaja.”

“Saya tidak berdendam dengannya, tetapi masyarakat perlu tahu.”

Ditanya sama ada peguam muda Cina itu dikenali dengan huruf pangkal namanya dan memandu kereta-kereta mewah, Apandi mengiyakannya.

“Ini adalah pendedahan pertama. Tidak ada sesiapa yang tahu perkara ini sebelum ini.”

Ditanya apakah dia tidak takut menanggung akibat hasil pendedahannya, Apandi berkata: “Apa akibatnya? Saya hanya menyatakan kebenaran dan tidak takut menyatakan kebenaran. Dan semuanya dirakam. Sekiranya anda membaca catatan saya, saya mempunyai CCTV dan saya mempunyai pengawal peribadi ketika kejadian. “

Apabila diberitahu bahawa rakaman kamera litar tertutup tidak mempunyai audio, Apandi menjawab: “Semua adalah. Saya mempunyai tujuh pengawal peribadi dan mereka semua dari (polis) Cawangan Khas. Semuanya dirakam.”

Berikut adalah terjemahan tulisan Apandi di facebooknya semalam: https://www.facebook.com/100026268600983/posts/572620100290272/?d=n

Apandi memberitahu Twentytwo13 bahawa beliau belum mempunyai perancangan untuk membuat laporan polis.

“Saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Simpan kata-kata saya ini! Saya tidak takut sesiapapun melainkan Allah. “

Apandi juga menolak kenyataanya itu sebagai tindakan bermotif politik, dengan menekankan dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan UMNO.

Apandi dilantik sebagai AG semasa Najib memegang jawatan tetapi digantikan oleh Tommy Thomas setelah Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

Gabungan Barisan Nasional pimpinan UMNO mengalami kekalahan mengejutkan dalam pilihan raya tersebut kerana Najib didakwa terlibat di dalam beberapa kes berprofil tinggi, iaitu SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya ingin merekodkan di sini bahawa saya memutuskan hubungan saya dengan UMNO sejak saya menjadi pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2003. Sebagai hakim, saya tidak boleh mempunyai perkaitan dengan mana-mana parti politik.”

Apandi disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2007 dan bertugas di Kuala Lumpur. Dia dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 dan pada 30 September 2013, dia dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan. Dia menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada tahun 2015.

β€œMereka (pengkritik) terus menerus membangkitkan hal ini. Sedangkan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof) adalah ahli PAS dan pernah bertanding sebagai calon PAS (pada pilihan raya 2004), tak ada pula sesiapa yang mempersoalkannya. Mengapa jadikan saya sebagai mangsa?”

Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie

Link asal bahasa English: https://twentytwo13.my/issues/revelation-on-gopal-sri-ram-just-the-beginning-says-apandi/

Jual.

LIM GUAN ENG JUAL..

Ini adalah fakta:

  1. Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun – RM8.41 bilion (Nov 2018)
  2. Khazanah jual saham CIMB – RM364 juta (Dis 2018)
  3. Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura – RM1.65 bilion (Feb 2019)
  4. Khazanah jual saham Bank Filipina BDO Unibank kepada Filipina – RM415 juta (Feb 2019)
  5. Boustead jual Hotel Royale Chulan kepada Singapura – RM197 juta (Feb 2019)
  6. Khazanah jual saham Tenaga Nasional – RM1.05 bilion (April 2019)
  7. Axiata jual aset digital kepada Singapura – RM580 juta (April 2019)
  8. Menteri Kewangan jual sebahagian dari projek Bandar Malaysia kepada syarikat Malaysia-China- RM7.41 bilion (Apr 2019)
  9. Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura – RM4.73 bilion (Julai 2019)
  10. Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff – RM289 juta (Julai 2019)
  11. Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019)
  12. Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019)
  13. Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
  14. Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura – RM1.44 bilion (Okt 2019)

Itupun dalam tempoh 15 bulan PH memerintah sahaja dan belum sempat lagi masuk aset-aset yang dijual oleh GLC lain seperti Tabung Haji, PNB, Sime Darby dan FGV.

INI SOALAN TAMBAHAH:

“Apa aset negara yang dibina atau dibeli oleh kerajaan PH?” – Tiada

Sumber: Najib Razak

https://www.sinarharian.com.my/article/51266/BERITA/Nasional/PH-tak-pernah-jual-tanah-milik-kerajaan-Guan-Eng

Jangan lupa utk menyiasat tindakan beliau serta menyita harta dan pasport Guan Eng dan Mujahid!!